Lawatan EE di KKTM Petaling Jaya

Published on 15 September 2023 at 10:56

Alhamdulillah, dalam siri lawatan ke KKTM PJ pada 8 September 2023 lawatan ini dijalankan dan merupakan pengalaman penting dalam menyokong dan memantapkan aktiviti akademik dan program diploma di institusi ini. Ini merupakan langkah yang amat bermakna dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di KKTM PJ yang menawarkan kursus DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING (INTERNET OF THINGS), yang mendapat akreditasi dari ETAC.

Dalam perbincangan dengan pihak IHL, saya dapat memberikan penilaian positif terhadap sumber, kakitangan dan kemudahan yang terdapat di KKTM PJ untuk menyokong program dan latihan serta pembangunan yang berkualiti. Dalam lawatan ini didapati KKTM PJ, mempunyai sumber yang mencukupi dari segi pensyarah dan fasiliti yang baik, yang merupakan faktor penting dalam usaha  memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik.

Dengan melihat dan menyumbang maklumat dan pengalaman semasa lawatan ini, diharapkan KKTM ini dapat melakukan penambahbaikan yang diperlukan untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan yang diberikan kepada pelajar mereka. Ini akan membantu melahirkan lebih ramai pelajar diploma yang berkelayakan dan berdaya saing dalam pasaran kerja.

Saya amat bersyukur menjadi sebahagian dari individu berperanan sebagai pemeriksa luar (EE) dalam menyokong pengajian di sini, dan semoga KKTM PJ akan terus membangun dan menyediakan pendidikan yang cemerlang untuk generasi akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati.

Add comment

Comments

There are no comments yet.